slmt dtg


Monday, August 29, 2011

Hari Lebaran

Assalamualaikum sume...

Kat sini baru masuk 30hb Aug 2011 jam 0016hrs...maknanya hari ni kat sini dah masuk hari raya bersamaan 1 Syawal untuk tahun ni..Selamat hari raya untuk semua rakan rakan dan pembaca sekalian walaupun aku tahu hanya berapa kerat je yang masuk sini akhir2 ni..hehe..blog x hapdet macam ni lah..hidup segan mati tak mahu..kalau dulu ada abang besar kat belakang tolong hapdetkan blog aku ni..orang yang buta IT memang macam ni..lambat sikit..sekarang abang besar dah mula lepas tangan..harap2 ada cerita lagi lepas ni bla abang besar dah mula sound untuk aku menjadi blogger sejati..hehe..sejati ke apa ke biarlah,orang berblog aku nak ada juga..orang berfb aku pun nak berfb juga..kononnya nak ikut perkembangan la tu..cuba lah dulu..kita tgk macam mana jadinya..

sempena hari raya ni ..aku nak menyusun sebanyak-banyak jari yang ada untuk aku pohon maaf kepada semua insan insan di alam ini yang membaca entry aku yang aku secara sengaja atau tak sengaja..Tolong maafkan kesilapan aku sekiranya aku pernah membuatkan ada timbul perasaan marah dan tak senang hati korang2 semua..Aku pun tak tahu kalau ada..so untuk korang2 sume tu aku maafkan segalanya bermula dari saat perkenalan kita sehingga hari ni dan sampai bila-bila..tiada salah antara kita..

Alhamdulillah,walaupun perasaan rindu kat famili sedang meronta ronta kerana beraya kali kedua di rantauan..aku bersyukur kerana suami dan anak2 masih menemani di sini..Persiapan raya kat sini x seberapa dibandingkan dengan ketika di Malaysia.Aktiviti biasa shopping baju raya ala kadar je..decoration untuk rumah kecilku simple je..sebab barang2 semua dah lengkap..cuma tunggu susunan je mengikut pakar deco aku Encik Irwan..esok raya..anak2 dah dipaksa tidur..si suami pulak kerja malam..esok balik nak beraya sakan..ada open house katanya.

Oklah..apa apa pun rakan2 buat untuk hari raya esok..semoga berjaya dan bergembira di hari lebaran ini...



@ :nak dengar lagu raya...nak nyanyi lagu raya...sebak rasa ni...selamat hari raya

Saturday, August 27, 2011

Selamat hari Raya

(gambar dari internet)

Sepuluh jari disusun dan ampun maaf dipinta sempena hari lebaran ini..dah dekat setahun tak menulis..maklumlah keadaan sibuk memanjang...selamat berjumpa kembali..InsyaAllah