slmt dtg


Thursday, September 29, 2011

BESDAY ANGAH..

angah


Alhamdulillah..genap la arini umur anak teruna ku 3tahun..dah besar pun anak2 aku ni..rasa sekejap je masa berlalu kan..ibu doa kan angah semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..taat pada allah dan pada ibu bapa..itu yang penting...aku nak tengok anak2 aku berjaya suatu hari nanti..sekarang ni baru aku tahu macam mana perasaan mak aku membesar kan aku dan abg2..bila kita ada anak baru kita rasa camne..time anak sakit,sihat..yang paling hilang sabar time diorang gaduh lah..dulu mingkin aku tak tahu apa2..asyik nak ikut kepala sendiri je..tak pikir dah perasaan seorang ibu..sekarang ni aku nak mak aku hidup senang..aku dah tak nak tengok dia bersusah payah kerja..cukup2 la dia bekerja..dah lama sangat dah bekerja..sekarang time rehat2 dan tak perlu pikir benda2 tu semuasekarang aku nak tengok anak2 aku pulak..biar aku sedih dengan kejayaan anak2 aku takpe..jangan kita sedih sebab lain kan..aku selalu doa yang terbaik untuk anak2 aku..semoga allah makbul kan doa aku seorang ibu kepada anak2 aku..aminn...
glitter-graphics.com

Tuesday, September 27, 2011

BILA BORING...

aku ni ikut suka je nak letak gambar apa2 kan..hihihi..korang layan la ek..


Alhamdulillah..arini aku rasa sikit sakit gigi..bangun pagi2 hubby bagi makan ubat 2biji..petang makan lagi...bila lega sikit dah buat kuih manis la pulak..berani pulak makan..kang tak pasal2 sakit pulak..harap2 dah la sakit tu datang kembali..dop sanggup aku rasa sakit gigi...sakit sampai dalam hotak aku rasa..cam semalam aku pergi doha..masa pergi ok lagi..otw balik tu dia datang..ya allah..sakit yang amat..aku tahan camtu..sampai nak bagitahu tak boleh..sakit punya pasal..berair gak mata tu..hihihi..ratu air mata kata kan...sampai2 umah terus makan ubat..kalau dipikir balik aku nak pergi je klinik sini..bagi dia cabut gigi ni..tak tahn la..sakit sangat..nak tunggu balik lambat lagi kan..tapi tak tahu la camne..sekali pikir aku taknak cabut kat sini..takut la...

time sakit gigi korang pernah guna tak gamber sarawak???tadi hubby ada bawak balik..dia beli dengan kawan dia..dia kata tahan kalau guna tu...tapi aku belum guna lagi..sebab gigi tak sakit..cam tahu2 je gigi ni..bila ubat dah ada..aku ni jenis takut sikit makan2 ubat ni..kalau tak kena paksa memang aku tak makan r..tak suka..tak suka..tak suka...nak pergi klinik nanti aku rasa takut gak..hihihi..time kena cucuk tu la..masa cabut dah tak rasa apa2 kan..tapi nak tak nak terpaksa gak kau cabut..kena beranikan diri jugak la ni...sampai bila nak tahan sakit..gigi berlubang memang kena cabut dah...eh2 aku ni cakap pasal sakit gigi lagi kan..cam takde idea lain je...aku ni kalau ikutkan macam2 nak tulis ni..tapi idea belum datang2 lagi..sebab sakit gigi punya pasal..sakit gigi pun bising satu dunia kan..hihihi..

Sunday, September 25, 2011

SAKIT GIGI...

takde kena mengena pun pic ni dengan tajuk tu..hihihi..


sakit gigi pun bermusim gak ke..aku baca status kawan2 aku ramai gak yang sakit gigi..termasuk aku dengan angah..tiap2 malam kena makan ubat..baru buleh tdo..berat gak la rasa..sampai dlm hotak rasa sakit gigi ni..mujur gak time aku sakit gigi ni hubby ada..buleh hubby jaga bb..cam semalam la hubby tdo kan bb..aku pulak baring2 je..tak buleh nak watpe sakit sangat gigi ni..kena ubat 2biji lama2 ok sikit..baru la mata layu..hihihi..angah pulak sakit gigi sebab gigi2 abis patah yang kat depan tu..ada yang lebih sikit2 tu lah yang sakit..cian angah...nanti balik kita cabut ek angah..entah lah buleh cabut ke tak budak2 ni...mana nak dibaginya kan cabut..tengok peralatan doc tu aku rasa dah nangis..tu belum duduk atas kerusi lagi kan..hihihi..aku balik ni memang nak cabut gigi..kang balik sini sakit pulak gigi ni..takkan aku jugak yang susah..nak pergi klinik sini aku dah rasa seram sejuk..aku rela balik cabut msia dari sini..takut laaaa..aku rasa kat sini pelik la sikit kalau hal2 perubatan ni..tak sama tau dengan msia..entah lah aku tak tahu la camne diorang ni..biar lah dia kan...hihihi..nanti hari rajin aku hapdate pulak ek..hihihi..

Friday, September 23, 2011

berwajah baru..

sedap mata memandang tenang dihati...

Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan..jom baca citer aku..

comel tak blog aku..hihihi..aku dengan semangatnya..tekan apa yang ada kat blog ni..sebabnya nak bagi blog aku bertambah berseri2..hihihi..kalau aku tak buleh buat..panggil hubby la..mujur gak hubby ada tadi..bagi aku yang tak pandai ni..susah gak la..huhuhu..sekarang ni dah pandai sikit2..kalau nak buat yang canggih lagi kena hubby ada la...sekarang ni dah ok kan blog aku ni..hihihi..puji untuk diri aku sendiri..hihihi..tak salah kan...puji untuk bagi semangat nak hapdate pulak bila2 nanti..

terlebih rajin...

malam ni terlebih rajin hapdate blog la pulak..setelah berape hari aku tak hapdate..kalau hari sekolah susah sikit aku nak hapdate blog ni..ya lah sibuk dengan anak2..hari jumaat dengan sabtu hari berblog dengan fb sedunia r..hihihi..tapi bukan duduk depan pc samapi tak hingat dunia..kerja2 umah aku tak abai kan..aku buat dulu sampai siap..baru aku duduk depan pc..tak salahkan..kadang2 tu aku on9 je..tapi aku tinggal camtu je..aku intai la kejap2 kot2 ada kawan yang tegur2 ke..ada gak tak sempat nak sambut..tengok2 kawan dah off9...

esok hubby dah start cuti 4hari..mmm..buleh pikir kemana destinasi kita..hihihi..kl hubby nak bawak la..kalau tak duduk kat umah la lagi...tapi kan tak buleh gak g jalan2..along sekolah la..kalau g jalan2 nanti along penat pulak..cian pulak kat along...dah la petang2 dia nak main hoki je..esok dengan lusa ada orang buat umah terbuka..dapur aku pun dah start cuti..buleh la aku rehat2..tak payah nak pikir2 pasal masak memasak ni..mesti la aku suka kan...

Iri Hati dan Hasad Dengki

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)

Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.

Tentulah Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa.

Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri kerana sikap pesimis (rendah hati) yang keterlaluan dan menurunkan keazaman untuk terus berjaya. Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya. Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah.

Iri Hati Itu Boleh.

Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.

Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.

Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki.

Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Inilah yang minta dilindungi kepada Allah dari perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya.

Yakinlah Dengan Keadilan Allah.

Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.

Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.

Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.

aktiviti kami...

layan....

pic aku kena ada gak..muka makin bolat ni..

bb pun nak main gak..tapi kecil lg..

sayang masih larat lagi berlari ni..hihihi

along semangat nak main hoki ni...

angah keletihan...


aktiviti kami setiap petang..sambil layan anak2..best gak la sekarang dah tak panas sangat kan..baru sedap lepak melepak..hihihi...biasa tak ramai yang turun training hoki ni...paling ramai 3orang je..hihihi..pastu sibuk dengan anak2 aku la berlari atas padang tu..anak2 aku bukan senang dapat main camtu..kalau hubby keja 4hari..4hari lah tak kuar umah..aku tak minat sangat nak turun lepak2 kat bawah tu..pastu penat nak kejar angah..angah aktif sikit dari along..duduk dalam umah takpe la..aku pun tak risau kan..biar lah dia nak main apa pun..janji duduk depan mata aku...

Thursday, September 22, 2011

baby comel..


baby tak sihat..huhuhu..ada putih2 dalam mulut..ramai kata ruam..sakit ruam tu..risau la aku..hari2 aku bagi bb minum air zamzam..alhamdulillah..dah makin hilang putih2 tu..sekarang ni bb makan nasi bubur je..aku tak bagi lagi nasi biji2 ni..takut bb sakit makan nasi tu..keras sikit kan..tadi g klinik..doc dah bagi gel sapu dalam mulut tu..tapi kan punya la susah nak sapu dalam mulut tu..mana bb bagi..dia dah tahu tu bukan makanan..ubat kan..hihihi..semalam kawan bagi barli...aku dah rebus tadi pagi..bagi bb minum..tu pun bb taknak..siap lari lagi taknak minum air tu..wah dah pandai la bb ni..tahu yang mana sedap dan tak sedap...semoga bb cepat2 ek sembuh..cian ibu tengok bb..alhamdulillah..mujur gak bb tak nangis walau sakit ruam ni..bb dah tahu kat sini takde orang tua kan..sekarang ni pun bb dah makin aktif..tak cam baru2 sakit baru ni..bb kan dah nak sihat kan:-)

tanaman...

ni lah hasil tanaman aku..nak hilang kan boring..tanam la apa yang patut..aku tanam time musim panas..dalam satu hari 3,4 kali la kena siram..kalau tak cukup air pokok layu je..tu aku kata pokok aku tanam..nak hidup dengan taknak hidup sama banyak..hihihi..ada dah berbunga tu...tapi tak tahu lama mana la akan bertahan..ada hati lagi ni nak tanam benih2 lain pulak..tapi tak tahu la camne..tengok la nnti..hihihi..cam la rajin sangat kan aku ni..kalau tak sebab hubby takkan hidup camni pokok tu..hubby rajin siram..sambil2 tengok keindahan pandai belakang umah aku ni...

ni pulak pokok traffic light capsicum..
dah start berbunga ni..pokok tak tinggi pun...

pokok lada kampung yang kecil2 tu...
beli kat shoprite..tak abis nak makan
kita tanam...


pokok tomato..nampak cam taknak hidup je kan..
takpe nanti kita tengok hasilnya camne....

Tuesday, September 20, 2011

kenangan...



kepuasan melanda diriku..takde keja cari keja..hihihi..kenangan yang aku ingat sampai bila2..huhuhu...alhamdulillah..along dah sihat..cuma aku tak bagi dia aktif sangat..takut tau benda2 camni berulang...minta2 jauh la benda camni...dah lama sangat ni..terjadi tahun lepas...setiap hari sebelum pergi sekolah aku selalu pesan kat along..jangan main lasak sangat...harap2 dia ingat la apa yang aku pesan tu..tapi aku risau gak..ya lah kadang2 budak ni depan kita slow je..balakang kita aktif semacam la pulak...entah tiba2 tengok gambar2 lama..rasa tertarik pulak tengok gambar2 ni..layan la ek...tima kasih sangat2 pada kawan aku k,aton..dia la yang teman aku kat spital sampai malam...yg hubby aku pulak balik ambil barang2...kalau takde dia susah gak aku..aku tak pandai nak cakap omputih ni..hihihi...

Thursday, September 15, 2011

♥ Apam Mekar ♥




bahan2
250 gram gula
2 biji telur
300 gram tepung gandum
220 ml susu segar
1 sdk ovallete
1/4 sdk esen pisang
pewarna ikut suka
papercup

1. panaskan kukusan
2. pukul gula dan telur sampai kembang dan gebu
3. masukkan tepung yang dah ayak.. selang seli ngan susu
4. masukkan ovallete, pukul lg sampai gebu
5. masukkan esen
6. bahagikan ikut suka.. warna apa nak letak..
7. masuk dlm plastik, bocorkan kat hujung... piping dlm papercup yg dah alas ngan acuan lompang or aper2 la...
8.kukus 10-15 minit.

apam mekar ni 2,3hari lepas eena buat..ada jugak yang tak senyum pun..hihihi..biasalah..eena tak pandai sangat buat2 kuih ni..tengah belajar lagi...

Wednesday, September 14, 2011

Tak sihat:-(


Bukan aku yang tak sihat..angah dengan baby kurang sihat sikit..angah demam..2ari turun bawah tunggu along balik sekolah..tu la kot demam..panas sangat Sekarang ni..baby plk..naik ruam2 kat badan..gatal tu..hari2 aku sapu cream..lega dah sikit tu..cian anak2 ibu..semoga Cepat sembuh ek..along alhamdulillah..sihat..eh2 rajin pulak aku hapdate blog ek..banyak pulak idea tu..hihihi..time rajin orang kata..time malas tengok la camne blog aku nanti..hihihi...

kawan bukan lawan...




rindunya aku nak jumpa kawan aku kat paka dulu..nama dia faridah..aku panggil dah je..dia baik sangat dengan aku..dia tak sombong..aku kenal dia masa along sekolah tadika kat cacar baru tu..sekolah sekali dengan anak dia.masa balik bulan1 baru ni sempat gak aku pergi jumpa dia..sedap berbual dengan dia..dia banyak cerita...cakap banyak cam aku r..hihihi..minggu lepas aku tepon dia..dia bagitu tahu nak dapat baby..dah 5bulan rasanya kalau tak silap aku..bila la pulak aku dapat jumpa dia..biasalah balik jarang2..banyak tempat nak pergi..kadang2 tu ada gak saudara mara yang tak sempat jumpat..alamak kuar pasal balik kampung lagi..hihihi..sori sayang...hihihi..hadui..berat jugak aku ni..asyik cakap pasal nak balik kampung je..cukup la cakap pasal balik kampung..kang tak pasal2 ada orang perli aku pulak..hihi

sibuk sangat ke????




berape hari dah aku tak hupdate blog ni..sekarang ni sibuk sikit..maklum la along dah start sekolah kan..bukan setakat nak berblog..nak buka fb pun tak sempat..banyak komen kawan2 aku tak balas2 lagi..bukan aku sombong tapi keadaan tak mengizinkan..hihihi...malam ni aku nak gak hapdate walau sedikit..sebelum ada orang(irwan) tanya bila nak hapdate..dia(irwan) ni selalu tanya aku..bila nak hapdate blog..senyap je..dia tak tahu yang diri ku tak sempat..hihihi..tapi yang best dia bagi semangat gak kan kat aku ni nak berblog..padahal sebelum ni aku hangat2 taik ayam je..nak berblog ni..hihihi..lama2 jadi suka pulak berblog ni..kira tempat aku nak hilang2 kan boring la...penat dengan kerja2 umah hari2..try la korang berblog cam aku ni..aku ni tak pandai sangat nak wat karangan ni..tapi aku tulis ikut terlintas dalam kepala hotak aku je..hihihi..takpe kan..janji aku tak kacau hal orang...

korang nak tahu tak..mood aku nak balik kampung semakin menjadi2 ni..tapi tak tahu bila aku buleh balik..ya lah along sekolah..takkan nak ambil cuti pulak kan..baru je start sekolah..kan cuti sekolah lama2 cian pulak along..SABAR..SABAR..SABAR..aku tahu bila aku tulis pasal nak balik kampung ni..mesti (irwan) suka kat aku..hari2 dia perli aku..huhuhu..ya lah kan..aku ni nak sangat balik kampung..tapi dia pun sama gak kan..betul tak(irwan)hihihi..kalau dapat balikkan best..tak terkata rasa sebab nak balik sangat..hihihi..dapat balik kampung aku lagi la best..sebab kampung aku ni betul2 dalam hutan..hihihi..pagi2 sunyi je..bunyi la ayam dengan burung tu..memang best r balik kampung aku..hihihi..memang la bestkan kampung aku..hihihi..betul tak???...apa pulak ya aku mengarut ni..hihihi..ni la tandanya aku tak sabar nak balik..biarlah tak tahu bila nak balik..tapi yang penting semangat tu kena ada..hihihi..betul..betul..betul...

Sunday, September 11, 2011

GERAM+RISAU+SEDIH+KESIAN..SEMUA ADA...


tengah hari tadi la aku risau betul la..mana tak risau along kuar kelas pukul1230..pukul230 tak sampai2 lagi umah..macam2 aku pikir ni..tepon cikgu..cikgu kata dah naik bas..huwaaa..lagi la aku tak senang duduk..nak masak tak boleh..nak makan lagi la tak boleh..suruh hubby turun bawah tengok2 along..hubby naik kata along takde jugak..ya allah lg la aku risau..tepon kawan(zai)tanya anak dia dah balik ke belum..dia kata dah..last2 aku turun sendiri..tunggu2 tak jugak muncul along..aku naik semula..suruh hubby pergi kat skolah..suruh g tgk along la..kot2 ada sana...dalam masa yang sama tepon lg kat skolah tu..cikgu kata along ada kat skolah..alhamdulillah..lega rasa..aku takut dia naik bas g alhandansa je..sbb nama kat beg dia..cikgu tulis umah kat alhandansa...mujur gak dia tak naik bas g sana..kalau tak haru gak la kita org nakg sana...

bila aku tgk along ada depan mata aku..baru aku boleh masak..hihihi..aku memang tak boleh buat apa kalau anak2 takde depan mata..biasa dia akan sampai time tu..kalau tak sampai jugak memang aku cemas giler r..esok harap2 sampai cam biasa la..takde sampai lewat cam arini..cian along..bila tengok dia sampai tadi..sedih pun ada aku ni..ratu air mata kata kan..huhuhu...sabar je lah..

Saturday, September 10, 2011

sudah bermula...



sekejap je masa berlalu..along dah masuk year 2..dah besar anak ibu ni..esok along dah buka sekolah..bermula lah rutin harianku..pagi2 kena masak untuk along bawak bekal kesekolah..sebelum pergi sekolah..biasa aku goreng nasi,mee..bekal pulak nurget atau sosej je..cukup la tu seharian kat sekolah..wah cam lama pulak along kat sekolah..takde la lama sangat along kat sekolah..sekejap je..pukul620 pagi along dah pergi sekolah..pukul1245 along dah sampai rumah..tapi kalau dia lambat sampai aku mula la risau..tak senang duduk..huhuhu..biasa lah naluri seorang ibu..mesti risau keselamatan anak2..lagi2 tiada depan mata kita kan...insyaallah..takde apa2 yang pelik berlaku...

skarang ni aku risau pulak kat along..mana tak risaunya..tangan along pernah patah kan..aku takut jugak dia lasak kat sekolah..tapi aku dah pesan awal2..jangan main kuat sangat..aku siap bagitahu along..along kena jaga tangan tu..kalau jadi apa2 nanti ibu dengan abah yang susah...minta2 along ingat apa yang aku pesan tu...tapi esok nak jugak suruh hubby jumpa cikgu bagitu pasal along tu..biar cikgu tengok2 kan along...risau weh rasa..

along semangat je nak pergi sekolah..kan dah lama cuti sekolah...budak2 kan mesti suka nak pergi sekolah..bila tengok semua barang2 dia baru...tapi kan budak sekarang ni bila pergi kedai nak beli alat tulis dia..wah2 siap pilih2 nak yg camne..mesti nak yang ben10..along camtu la..aku masih ingat lagi..waktu aku sekolah dulu2..guna je yang mana mak beli..tak pernah nak pilih2..hihihi..tapi budak sekarang ni sudah cerdik..tak sama cam aku dulu2..hihihi..takpe la camne pun..janji anak aku nak sekolah..tu sudah cukup buat aku..semoga along belajar bersunguh2..menjadi seorang anak yang berguna bila besar nanti...

Friday, September 9, 2011

baby comel




inilah mainan kami dirumah..hihihi...baby sangat lah lucu...

bergaduh.....




bukan aku bergaduh..takkan aku nak bergaduh pulak kan..takde untungnya kan..kalau kita bergaduh ni...malu kat budak2 je...ni pasal along dgn angah lah..hari2 asyik gaduh je..kadang2 tu suara tarzan aku kuar gak..tak tahan la diorang gaduh..sakit telinga aku dengar tau..pas kuar suara tarzan aku,diorang senyap la kejap..boleh baik2..bila lama diorang baik..nnti sambung gaduh lg...hihihi..nama dah budak..kalau aku marah pun bukan diorang faham kan..time diorang gaduh tu..kadang2 aku buat tak tahu je..last2 diorang berenti gak..bila salah seorang akan nangis...kalau hubby ada ok la sikit..nnti hubby tolong apa yang patut..taknak bagi diorang gaduh kan..hihihi..tolong apa tu???tolong2 tu yang takut sikit..hihihi..

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.

2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.

3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….

4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.

5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.

6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.

7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.

8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.

9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!

Thursday, September 8, 2011

raya 2011

malas????

wah kemainkan lagi tajuk aku ni..malas sangat ke aku ni??aku rasa memang malas pun..hihihi..korang nak tahu malas apa..apa lagi kalu bukan pasal hapdet blog la..aku ni memang malas sangat hapdet blog ni..sampai berbulan2 tak hapdet jugak..tp hari2 aku buka blog comelku ni..walaupun aku tak hapdet..dah lupakan pasal hapdet blog tu...kita buka cite pasal raya baru bestkan..kan masih mood raya ni... camne raya korang..mesti bestkan..ya lah dapat balik kampung..jumpa keluarga dan saudara mara..mesti malam raya riuh rendahkan..tapi aku plk masih beraya kat tanah arab lagi untuk tahun ni..alhamdulillah..raya tahun ni aku rasa meriah dari tahun lepas..lagi pun aku dah pindah duduk alkhor..kawan2 kata kampung melayu..mungkin sebab ramai orang malaysia kot kat sini..2,3hari sebelum raya tu aku ingat gak nak balik kampung..perasaan sedih pun ada..tapi aku kuatkan semangat..lg pun ramai yang tak balik kampung..bukan aku sorang..mesti diorg rasa cam aku jugak kan...tapikan yang best sini..hari2 ada open house..bila berkumpul ramai2 hilang perasaan sedih..rasa cam beraya kat kampung pulak..aku pun dah buat open house..wah memang best la..ramai kawan2 dtg..meriah tau..insyaallah..aku ingat nak buat lagi sekali...kira buat penutup raya sekali dengan besday sicomel ku... eh panjang pulak rasa karangan aku malam ni...hihihi..korang mesti nak tahu kan camne aku boleh tulis panjang2 ni..sebabnya anak2 aku dah dibuai mimpi yang indah tu..kira takde la gangguan..kalu diorang tak tdo mana boleh aku lama2 duduk depan pc ni..mana boleh diorang tengok aku duduk senang..sekejap nak tu..sekejap nak ni..tu la kerenah sicomel ku...apa??korang nak tengok gambar2 aku raya kat sini...alahai aku tak pandai la nak masukkan gambar dalam ni..nanti laling free la aku masukkan ek..aku ni mana pandai..walau dah berkali2 diajar..buta it katakan...hihihi..