slmt dtg


Thursday, November 12, 2009

Raya haji

Sedikit gambar utk santapan mata pengunjung semua

gelang kristal suasa putih biru

gelang kristal suasa merah hitam

Loket bertatah kristal bunga



Loket Siti

Wednesday, November 4, 2009

koleksi suasa

Set mutiara(rantai dan gelang )belum berpunya...stok ni baru je siap buat..tgk2 dalam KTijah punya blog ada juga rasanya...sama tapi tak serupa.terima kasih Kak tijah


Salam...gelang ni baru je tiba dari KL(terima kasih kakCT).memang comel sangat gelang ni,tapi sayang,ini dah ada orang yang punya.InsyaAllah kalau ramai lagi yang berkenan akan diorder lagi..

Tuesday, November 3, 2009

rantai suasa(mutiara+kristal)


Minta maaf ya...set rantai ni memang dah ada tuan punya..jadi sekiranya rakan2 berminat untuk mendapatkannya sila tinggalkan pesanan di atas...InsyaAllah

Wednesday, October 28, 2009

Aktiviti

Alhamdulilah sekarang ni baru ada masa nak menulis sikit...anak yang sulong pergi sekolah dan hok kecik tido.Dan pemilik PC ni pun duk buat aktiviti dia sendiri.Barulah buleh menconteng dengan tenang.Kali ni saja je nak cerita perjalanan bisnes kecilan ina buat masa ni.
kepada pembekal tudung yang setia tu minta maaf le sebab tak berkesempatan lagi nak shopping tudung buat masa ni...tapi insyaAllah ada nanti sebelum raya haji ni.Lagipun buat masa ni ina masih sibuk jual gelang kristal dan gelang mutiara yang sekarang ni permintaan cukup tinggi di kawasan kerteh,paka dan rasau .Buat masa ni ina cuba nak luaskan tanah jajahan ke kuala terengganu pula,InsyaAllah.kalau dulu ina cuma beli dan jual dan sekarang ni berkat tunjuk ajar dan semangat dari seorang pembekal barang kristal dan mutiara kak TIjah akhirnya sekarang ni dah mula belajar ikat sendiri pula.Kiranya baru je belajar ni dan masih belum berani nak edarkan di pasaran...InsyaAllah satu hari nanti

Anak-anak


Assalamualaikum..Hari ni ina nak selitkan sedikit cerita pasal aktiviti masa cuti yang lepas.Di samping berbisnez tak salah rasanya selitkan sedikit cerita pasal anak2 pula.Hari tu abelong ada acara pertandingan mewarna anjuran sekolah dia.memang suka sangat dia dapat join aktiviti macam ni.Kiranya ni kali pertama dia ikut program macam ni.Hri tu memang ramai jugok orang yang hantar anak-anak utk acara ni...sedang anak-anak sibuk mewarna tu..mak dan bapak2 sibuk jugalah duk sembang di luar...macam2 isu le...lebih2 lagi kaum ibu-ibu ni.
Kalau nak dikira rasanya ada le dalam 30-40 budak2 dalam pertandingan ni...penuh satu dewan hari tu.abelong x dapat nombor pun hari tu sebab ina tgk cara dia mewarna tu lain macam jer.Tapi kira ok le untuk pendedahan pertama dia.Janji abelong suka sangat.Walaupun last-last minit tu ina dapat masuk juga dalam dewan tu untuk bagi semangat sikit kpd abelong.barulah nampak tenang sikit dia mewarna.Tenang-tenang pun mewarna tetap hancur..
bab yang paling abelong suka ialah bila maskot TMnet keluar..Abang bluehippo ni berjaya tarik minat anak-anak hari tu.sempat jugok le abah dia snap gambar abelong dan rakan-rakan.Tapi kesian la kat abg bluehippo tu..mesti panas duk dalam sarung tu.tapi panas-panas pun dah kerja namanya...kena juga la dia pakai.Tapi sekejap je la dia pakai,ada la dalam 10 minit






Gambar-gambar abelong dan rakan2 masa acara hari tu..memang nampak letih sikit la.


Wednesday, September 9, 2009

Stok baru

Alhamdulillah...sampai lagi barang yang di'order' dua hari lagi InsyaAllah


Permata loket untuk rantai mutiara
didatangkan bersama rantai dan gelang sedondon
dua ni sudah ada yang punya..
kalau bermminat boleh buat tempahan lagi...(tapi lepas raya la kot)




Berminat untuk mendapatkan loket ni...sms sekarang
(ni sekadar sample)


kristal warna coklat/koko-boleh dibuat gelang atau rantai
sedia menerima tempahan -sms segera

Monday, September 7, 2009

bukan untuk dijual


Salam..Hari ni ingat nok kongsi sikit makanan buat berbuka hari tu..puding roti special yang saya ambik resepi dari blog mana tahu hari tu..tapi bukannya untuk dijual ni,cuma sekadar selingan sahaja..memang sedap tp nak kongsi resepi tu takut la tak jadi pulaks...kena cari dulu.Cuma dia ni ala-ala gula hangus juga,yang lainnya ada masuk tepung kastard dengan roti diblend saja...

bahan-bahan
1.telur 2 biji
2.roti keping 10 kpg(pastikan tidak expired)
3.gula 1/2 cawan
4.garam separuh sudu teh
5.Tepung kastard 2 sudu penuh
6.susu cair
7.buah campuran

caranya:
1.campurkan semua bahan(kecuali buah campur) dengan roti diblend halus
2.sementara tu masakkan gula dalam loyang sehingga hangus.(tutupkan api setelah sedikit hangus).
3.Blend buah campur (awa-awa Hancur)
4.Masukkan semua dalam loyang yang berisi gula hangus td.
5.Kukuskan(lebihkurang 20 minit je) atau sehingga anda berpuashati dan kuih ni masak

tq,selamat mencuba..harap2 menjadi,kalau tak sorry ler

esok barang sampai

Terima kasih kepada pemborong kerongsang dan gelang kristal di area paka dan kerteh 2...esok dan lusa sampai lagi barang baru untuk semua..stok adalah terhad

Jam tangan kristal(sold)
cukup lawa untuk hari raya ni..setakat ni 3 utas ni telah di tempah dan sekiranya berminat boleh terus sms saya dengan sekadar segera kerana lepas ni mungkin barang ni boleh didapati lepas raya
Harga (mampu diperolehi)

gelang kristal sahaja(elastic)
didatangkan dalam pelbagai warna.Boleh sms segera untuk hari raya ini.
Hanya 6 utas available
Harga murah



Butang baju Melayu isteri sayang
Sedia untuk tempahan
murah

Cincin Suasa(sold)
6 more available after raya
4 Bentuk available


p/s:kos penghantaran sebelum raya akan ditanggung oleh eena1984.blogspot.com sepenuhnya

Friday, September 4, 2009

Akan datang....

Salam ziarah semua...beberapa item yang bakal berada di pasaran nanti..









Gelang tangan






Butang baju melayu













cincin suasa kristal










kerongsang










Jam tangan

Wednesday, September 2, 2009

kerongsang 1

Hari ni saya cuba masukkan kerongsang lagi untuk rakan2 mencuci mata.Dapatkan segera hanya Rm13.00 untuk sepasang...




KR01(sold)


KR02(sold)


KR03(sold)

KR04(sold)

Lagi keronsang

penghabisan(Rm7 satu)

MERAH(sold)


KUNING(sold)


BIRU TULEN(sold)

karipap...popia

Salam..
Tempah karipap mini dan popia mini hari ini dgn segera untuk hari raya atau hari-2 biasa.Harga terkini karipap Rm10 untuk 100 biji dan popia Rm10 untuk 100 biji.
Juga menyediakan jualan secara borong untuk kaki-kaki bisnes kecil-kecilan dan semestinya harga borong lebih murah...


Anakanda Hafiz terpaksa jadi model
Karipap inti ikan hanya Rm10 satu packet


Popia mini Rm10 (inti ikan)

Ala-ala gitu(TG200)

Salam semua...sekali lagi pilihan tudung terkini buat tatapan pengunjung budiman...silalah buat tempahan anda...murah-2 belaka ni

Jualan penghabisan

TG200(Rm35.00)-sold



TG201(Rm50.00)




TG203(rm25.00)-sold


TG204(Rm50.00)-sold


Tudung kanak-kanak(ANAK01)

Assalamualaikum
Di entri kali ni saya menyediakan sajian tudung anak-anak untuk tatapan semua.Harga dijamin berpatutan dan murah je.
Setiap satu hanya Rm8 dan harga borong boleh dirundingkan,InsyaAllah.Dapatkan 3 helai untuk rm20(offer hari raya)


ANAK01


ANAK02


ANAK03



ANAK04