slmt dtg


Wednesday, October 28, 2009

Aktiviti

Alhamdulilah sekarang ni baru ada masa nak menulis sikit...anak yang sulong pergi sekolah dan hok kecik tido.Dan pemilik PC ni pun duk buat aktiviti dia sendiri.Barulah buleh menconteng dengan tenang.Kali ni saja je nak cerita perjalanan bisnes kecilan ina buat masa ni.
kepada pembekal tudung yang setia tu minta maaf le sebab tak berkesempatan lagi nak shopping tudung buat masa ni...tapi insyaAllah ada nanti sebelum raya haji ni.Lagipun buat masa ni ina masih sibuk jual gelang kristal dan gelang mutiara yang sekarang ni permintaan cukup tinggi di kawasan kerteh,paka dan rasau .Buat masa ni ina cuba nak luaskan tanah jajahan ke kuala terengganu pula,InsyaAllah.kalau dulu ina cuma beli dan jual dan sekarang ni berkat tunjuk ajar dan semangat dari seorang pembekal barang kristal dan mutiara kak TIjah akhirnya sekarang ni dah mula belajar ikat sendiri pula.Kiranya baru je belajar ni dan masih belum berani nak edarkan di pasaran...InsyaAllah satu hari nanti

Anak-anak


Assalamualaikum..Hari ni ina nak selitkan sedikit cerita pasal aktiviti masa cuti yang lepas.Di samping berbisnez tak salah rasanya selitkan sedikit cerita pasal anak2 pula.Hari tu abelong ada acara pertandingan mewarna anjuran sekolah dia.memang suka sangat dia dapat join aktiviti macam ni.Kiranya ni kali pertama dia ikut program macam ni.Hri tu memang ramai jugok orang yang hantar anak-anak utk acara ni...sedang anak-anak sibuk mewarna tu..mak dan bapak2 sibuk jugalah duk sembang di luar...macam2 isu le...lebih2 lagi kaum ibu-ibu ni.
Kalau nak dikira rasanya ada le dalam 30-40 budak2 dalam pertandingan ni...penuh satu dewan hari tu.abelong x dapat nombor pun hari tu sebab ina tgk cara dia mewarna tu lain macam jer.Tapi kira ok le untuk pendedahan pertama dia.Janji abelong suka sangat.Walaupun last-last minit tu ina dapat masuk juga dalam dewan tu untuk bagi semangat sikit kpd abelong.barulah nampak tenang sikit dia mewarna.Tenang-tenang pun mewarna tetap hancur..
bab yang paling abelong suka ialah bila maskot TMnet keluar..Abang bluehippo ni berjaya tarik minat anak-anak hari tu.sempat jugok le abah dia snap gambar abelong dan rakan-rakan.Tapi kesian la kat abg bluehippo tu..mesti panas duk dalam sarung tu.tapi panas-panas pun dah kerja namanya...kena juga la dia pakai.Tapi sekejap je la dia pakai,ada la dalam 10 minit






Gambar-gambar abelong dan rakan2 masa acara hari tu..memang nampak letih sikit la.