slmt dtg


Friday, March 23, 2012

Apam marmar

Silakan menjamu mata

Nasi dagang

Assalamualaikum..

Eena baru belajar buat nasi dagang..hubby kata ok je..tapi anak2 tak makan la nasi dagang ni..eena buat sikit je..malas la nak buat nasi dagang.hihihi..kena kukus 3kali kan..cam rumit gak la rasa..makan sedap..hihihi..asyik beli je..nak try buat sendiri gak kan..hihihi

Apam mekar

Assalamualaikum..


Wah kalau hapdate blog tu kan main ya..satu hari macam2 cite..hihihi..bila malas berbulan2 tak dihapdate nya..hihihi..Kali ni eena nak cite pasal eena buat apam mekar..resepi kawan eena gak..eena mana Ada resepi sendiri kan..jadi tiru2 resepi kawan2 la buat makan..hihihi..eena buat apam Kali ni guna resepi lain sikit..yang buat sebelum ni resepi biasa je..buat Kali ni ya Allah lembut sangat apam dia..gebu je bila kita pgg pulak ringan je..memang sedap sangat la..memang mekar setaman la..eena dapat resepi ni masa pergi jalan umah kawan eena 2,3 minggu lepas..dia hidang masa eena pergi..eena puji la apam dia lembut dan gebu sangat..last2 dia kata blh la eena nak resepi..eena apa lagi terus kata nak la..dengan muka tak malu..hihihi..pastu eena try buat memang menjadi cam dia buat..memang puas hati sangat2 la..kalau mekar setaman ni..tengok la pic apam tu..

Cheese tart

Assalamualaikum..

Ni hah eena nak tunjuk cheese tart eena buat semalam..Alhamdulillah..buat Kali ni menjadi..hubby Kata sedap..habby balik je keja tgk cheese tart atas meja..hubby siap Tanya beli ngan sape..hihihi..Bangga la Kejapkan kalau hubby kata comel Dan sedap..hihihi..resepi tu eena ambil resepi kak ita tu..memang sedap la resepi dia..anak2 eena pun suka..lain Kali nak buat lagi la..tu dah Ada brape bijik dalam peti..lagi la Bertambah mood nak buat kuih..kalau time menjadi la..kalau time tak menjadi tu kan alahai malas dah rasa nak buat..eena ni tangan keras nak conteng2 kat cheese tart tu..banyak lagi yang perlu belajar..ni teringin nak buat tart telur pulak..tunggu ek eena buat..hihihi..entah jadi ke tidak.berangan je lebih..hihihi

Saturday, March 17, 2012

Maher Zain - Ya Nabi Salam Alayka (International Version)

bila layan lagu maher zain ni uat eena rindu kat la..nak balik sangat2..tapi apakan daya..huhuhu...

jualan dipagi jumaat

Assalamualaikum..cite dipagi jumaat..layan gambar je lah ek..






Friday, March 9, 2012

Mengumpat: Seperti Makan Daging Saudara Sendiri!

Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.

Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat…

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1. Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu, kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2. Bila yang nak jadi moderator ‘umpat2′ tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3. Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!

4. Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.

Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5. Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.

Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.

Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6. Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.

Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.

Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan…

7. Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.

Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.

Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.

Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

tiru meniru...

assalamualaikum...

susah la sekarang ninak hapdate blog..sibuk je rasa..time anak sekolah lagi la susah nak buka pc..hanya buka kat tepon je..tu pun sambil2 buat kerja..betul la kata orang eena tak boleh hidup tanpa 0n9alahai time free boleh la on9 kan..time cbuk off9 le...lupakan lah benda tak masuk akal tu kan..camne la tak tahu eena tiba2 rasa nak hapdate blog tajuk tiru meniru...hihihi..mana lah tahu kan,kadang2 kan kita pakai benda tiba2 tersama dgn orang lain..bila ada orang tengok..orang kata kita tiru orang tu dan orang ni..sekarang ni ramai pakai tudung ph..jadi kalau eena terbeli..hahahaha..kira tiru orang gak la ye..eena tak kata kat siapa2..tapi ya lah kan..hihihi..rasanya lah kalau kita taknak bagi orang tiru kita..g lah tempah barang2 tu buat 1helai saja untuk anda..baru boleh kata orang tak tiru anda kan..biasalah kilang kalau buat barang takkan nak buat sikitkan..mesti buat banyak..jadi tak pelik la kalau tengok orang pakai sama ngan kita..betul takeena tak kisah pun kalau orang pakai sama ngan eena..buat apa nak kisahkan..benda belambak kat luar sanakan..hohoho...tak perlu nak kata sape tiru sapa..tepuk dada tanya selera kita..sebab kita pemakai..jadi kita nak yang selesakan..

Thursday, March 1, 2012

balik kampung...

Assalamualaikum...semua..

Apa khabar semua..harap2 semua sihat la..kalau ada ang tak sihat tu cepat2 la g klinik..cuaca skarang ni tak menentukan..kalau cuaca kat sini..dah start nak masuk musim panas..tapi skarang kuat la angin+pasirmemang tak sesuai la nak kuar jalan2 ni..kalau ikutkan nak kuar jalan2 sebab hubby dah start nak cuti kan..selalu la kalau tak masuk musim sejuk ke panas ke mesti angin+pasir melanda...kita orang tua pun tak tahan tau..budak2 lagi la..kalau kat klinik ramai yang tak sihat..kebanyakkan budak2 la..sebab tak tahan kan cuaca camni...berbalik pasal nak balik kampung la..


lambat lagi sebenarnya kitorang nak balik..insyaallah..raya nanti kot..slow2 dah tengok tiket2..buat masa ni tak tahu bulan berape lagi nak balik..angan2 nak balik raya..tapi tak tahu lagi camne..kalau tak balik raya mungkin selepas raya kot..dah banyak tahun tak balik raya kat kampung..rindu tau suasana kat kampung..wah bestnya rasainsyaallah..takde aral sampai la kami ke kampung halaman tercinta...mungkin bagi kitorang yang duduk luar msia ni rasa dah dekat nak raya dan tiket pun kena book awal2 kan..kalau tak beli awal2 susah la..dah la mahalkan..tu kena book awal2..yang pasti mood nak balik kampung dah datang sikit2 ni..raya ni raya kat mana..mmm..tengok keadaan dulu camne..tak boleh nak kata..biasa lah kan..raya ni ada sape2 nak tema sama ngan kitorang kesaje nak bergurau sikit..bolehkan...ok lah semua kawan2..


pada kawan2 yang sudi datang kat teratak eena ni..insyaallah..lain kali kita jumpa lagi..babai2 semua..