slmt dtg


Saturday, September 4, 2010

Biskut raya

BISKUT SUSU

SELAMAT MENCUBA

RESEPI:
Bahan-bahan:250gram tepung jagung,1 tin susu pekat(separuh untuk kurang manis),1 sudu baking powder,sedikit butter,pewarna(ikut citarasa masing-2)

Cara2nya:
1)gaul tepung jagung dan susu pekat sehingga tepung berderai.
2)bila susu dan tepung sebati,tambah sedikit butter sehingga menjadi doh.
3)bahagikan doh kepada dua dan warnakan satu bahagian(ikut selera masing2)
4)Bakar selama 15 minit dengan 170 darjah celcius



BISKUT DAHLIA

Wednesday, September 1, 2010

Roti Canai

Adunan yang telah siap sedia..

Resepi:(serba ringkas)
1)gandum 1kg
2)500ml air garam secukup rasa
3)telur sebiji
4)mentega 100gram
5)susu pekat 2 senduk.

*campurkan semua bahan di atas sehingga sebati dan uli seketika sehingga tidak melekat di jari anda.
*campurkan air garam tadi perlahan2 sehingga adunan menjadi doh.

LANGKAH SSETERUSNYA:
1)Setelah adunan sebati...bentukkan bulat2 adunan tadi(agak2 macam kat kedai tu)
2)rendamkan di dalam minyak masak dan biarkan selama 1-2 jam
3)roti sudah sedia untuk ditebarkan...

Selamat mencuba

Roti yang sudah siap dipacking untuk simpanan dalam peti.

Siap untuk dimakan untuk berbuka puasa...Along suka sangat makan roti ni

Saturday, August 28, 2010

Lompat tikam


pulut merah ni memang membuatkan aku tak sabar2 nak berbuka puasa...
senang je nak buat dia ni...
1)rendamkan beras pulut dengan pewarna merah selama ia dah sebati dengan warna tu
2)sejatkan dan kukuskan di atas kukusan

Akhirnya menjadi juga lompat tikam versi kelantan semalam...Alhamdulillah


Makanan sampingan..takut2 lompat tikam tadi tak menjadi..

Wednesday, August 25, 2010

Belajar buat roti

Salam ramadhan semua...

Terima kasih kepada pemberi resepi hari ni sehingga berjaya ina buat roti walaupun masih tidak seratus peratus menjadi..namun cubaan pertama ni boleh lah untuk menjamu mata dan selera.Terima kasih jua untuk si suami yang membantu tadi..penat juga nak buat roti ni...suami dah mula berangan2 nanti balik malaysia nak buka kedai roti..Kedai roti Mr Irwan...boleh ke pergi jauh dengan nama tu...hehehe
Langkah pertama:pastikan adunan jadi macam ni...Boleh dipelbagaikan warna sesuka hati...(atas niat masing2).Cara-cara(serba ringkas):
Resepi ini merujuk kepada entri hari ini.
1)1.5kg tepung roti
2)3 supit mauripan 33g
3)3 biji telur
4)secawan gula(yang minat manis lebihkan la)
5)secawan tepung susu
6)3 sudu teh garam
7)mentega 1kg dibahagi 3(agak-agak le ya)
8)air secukup rasa(sehingga adunan x melekat di jari)
Semua di atas diadun bersama-sama dan perapkan adunan sehingga naik 2 kali ganda.

#Sediakan inti kacang merah terlebih dahulu(rebusan mengambil masa agak lama)
-mula2 rebus kacang merah +garam+gula+daun pandan+gulamelaka(nisse).
-agak2 ok..blender dan masak semula sehingga kering sedikit.

Kedua:sediakan inti kacang merah secukup rasa dan semangkuk telur di sisi.

Ketiga:bentukkan roti anda..atas citarasa masing-masing(macam gambar di atas)

Keempat:susunkan di atas loyang dan masukkan ke dalam pembakar.Lebih baik panaskan dulu oven anda seketika dengan 190'c selama 5 minit.Baru masukkan roti tu.Bakar roti dengan 190'c selama 25 minit.

Alhamdulillah berjaya juga buat roti sendiri hari ni...

Monday, August 23, 2010

Ayam Golek...

Salam semua..Menu ari ni ayam golek dan ulam2 kampung beserta budu ...



Ni buah ni beli memang siap mcm ni...pencuci mulut.



Bahan2 dan sekali dengan cara2:
1.Ayam seekor siap basuh oleh si suami(jangan potong)
2.Serai dua batang..jintan secukup rasa
3.bawang besar sikit,bawang putih 3-4 ulas..
4.Semua di atas ditumbuh bersama sama..dan digaul dengan kicap pekat dan cair.Jangan dilupakan si garam secukup rasa.
5.Isikan semua bahan dalam perut dan badan ayam..(perapkan 20 minit)
6.Panaskan pembakar.
7.bakar dengan 180'c selama 45 minit.
8.Lepas 45 minit..siramkan sedikit madu dan bakar selama 15 minit lagi.
9.Makan.

Ulam2 dari shoprite...

Sunday, August 15, 2010

Salam.hari ni dah lima(5) hari kita berpuasa..macam2 menu dan juadah berbuka di pikirkan...alhamdulillah masih beerjaya puasa penuh..Juga tahniah untuk alongku yang dapat berpuasa penuh sampai ke ari nim..


Baru-2 ni buat nasik kerabu untuk menu berbuka puasa...dapat ler bagi kawan2 rasa nasik kerabu..kalau x sedap minta maaf la eks...



Thursday, August 12, 2010

Buat popia pulak...

Salam lagi...Menu hari kedua puasa(semalam).


Popia gergasi..kalau di paka dulu hok besar ni 3 seriyal nih..atau mungkin sekarang ni 2 seriyal jah...



Sayur faberet si suami...kangkung celor dengan air panas..(masa di malaysia x minat sgt )


Singgam daging...berjaya jugok aku buat singgam ni lepas 2,3 hari cari lengkuas...


Kurma...ehem.Best betul kurma sini

Hari pertama puasa...

Assalamualaikum semua..Habis sudah hari pertama berpuasa..Alhamdulillah semoga hari esok lebih baik lagi dan hari2 mendatang lebih baik lagi dan lagi


Kurma qatar...menu wajib di sini(sorry eks...nok kirim balik kapong xdam doh...xdok ore nok balik lagi..)


Ari nim si suami kerja malam....dah le hari ni hari pertama puasa...aku masak ala kadar sahaja sebab keadaan perut yang dah sarat ni tak mengizinkan aku bekerja kuat..hehehe...nasib baik si suami tolong di dapur tadi...yang bestnya si suami dapat bersama-sama berbuka puasa hari ni sebab dia pergi kerja dengan rakan dia kat bawah...walaupun agak terburu2 makannya..tapi kira ok lah daripada berbuka sorang2 atas bas untuk ke tempat kerja tu..Along juga alhamdulillah berjaya puasa buat kali pertamanya..

Menu ari nim...rasa macam sikit je tadi,..kenapa napok banyok pulok nim..


Ayam si suami yang masak..tq



Kueh beronok tanpa nyior dan belede+laici

Tuesday, August 10, 2010

Puasa kita



Assalamualaikum..
di sini saja je nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh pembaca sekalian yang ada..Semoga dapat menjalani ibadah puasa sepenuhnya.InsyaAllah sama2 kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan di bulan yang mulia ini.Pertama kali berpuasa di rantauan.Sedihnya...

Friday, July 30, 2010

pengalaman baru...


Along dengan penuh harapan melangkah bangga...

Assalamualaikum..Sudah agak lama tak singgah di blog ni..akhirnya berjaya juga mengadap Pc ni.Setelah di buat sedikit perubahan oleh En Irwan,akhir nya blog ni telah bertukar rupa akhirnya..
Sebenarnya dalam bidang ni aku memang tak biasa lagi dan maaf lah kalau ada tersalah kata dan bicara dan membuat para pembaca sekalian merasa tidak selesa.hehehe
Pengalaman pertama aku naik kapal terbang bersama anak2 dan suami .Memang berdebar-debar memandangkan aku ni orang kampong..tak pernah terpikir pun aku akan naik kapal terbang.Lagipun pada hari tu aku sedang mengandungkan baby 5 bulan...ramai cerita2 mengatakan bahaya naik kapal terbang pada usia kandungan begitu.tapi aku gagahkan juga kerana tak sanggup nak berpisah lagi setelah hampir tiga bulan ditinggalkan sebelum ini(si dia kerja).
Saat2 dramatis....

Perjalanan selama hampir sejam dari KBharu-KLIA dan hampir 8 jam dari KLIA-Doha.Alhamdulillah...semua selamat walaupun anak aku yang akid tu menangis sepanjang masa kerana mungkin tidak selesa .aku batuk dan akid pula batuk lagi selsema..kesian dia..Yang along aku tgk biasa je....asyik duk main game je masa atas flight hari tu...Jam 1130 waktu qatar kami selamat sampai di bumi qatar..Panas dan alhamdulillah kami samapi di rumah jam 121 lebih dan terus bersiap2 untuk tido...mengantuk je rasa.
Barang-barang kami...


Family aku dan suami aku...

Sunday, February 14, 2010

Santai

Sepasang kaki anak no 2 saya..Setelah penat bermain pantai di salah satu pusat peranginan yang terkenal di Paka.Walaupun tidak lah sehebat Gambang dan genting Highlands,tp untuk beginner macam saya ni cukup memadai sekiranya dapat bersantai di sini dengan anak2.Alhamdulillah

Salam semua..hari ni boring-boring saja je nak kongsi cerita kasut dan selipar...Selipar hadiah dari cik abang setelah dipujuk berkali-kali...tq.
nanti kita cerita lagi..Selipar ni bukan untuk dijual atau untuk tempahan,sekadar untuk mengisi kekosongan entri yang biasa je,...buat masa ni blog niaga ni dalam proses untuk transformasi kepada blog peribadi pula kerana lepas ni selamat tinggal dunia niaga buat sementara waktu kerana cik abang saya akan bekerja jauh di sana(Qatar).Jadi memang tidak berkesempatan untuk aktiviti jual-jual barang ni.,Jadi sepanjang penglibatan saya dalam dunia niaga ni,sekiranya ada salah dan silap harap di maafkan.Kepada rakan di Miri,nanti saya masukkan duit tu a.s.a.p.Doakan kejayaan kami sekeluarga.
Terima kasih kepada yang membantu selama ini dan sentiasa memberi semangat untuk blog ni terus hidup.
Jangan segan2 untuk datang lagi kerana insyaAllah blog ini akan terus berada di sini .InsyaAllah
wassalam

Sunday, February 7, 2010

Along memancing


Salam semua..Lama x update blog ni..memang malas tahap XXXL dah rasanya..Sekarang ni memang sangat mana nak bisnes lagi nak bergosip lagi..dengan pulak sekarang ni duk sibuk packing barang rumah untuk persediaan husband kita nak bertukar tempat kerja...
Semalam sorang rakan husband dan isterinya(diana)masih sempat belanja kami di kuala kerteh makan2...Terima Kasih D...nanti buleh la belanja lagi kan..best sangat.
Gambar atas tu sekadar hiasan je.dan gambar tu di ambil pagi tu(teluk Gadong) sebelum majlis jamuan bersama Diana dan hubby dia,..bangga sikit along nampaknya tu...sebab ikan pertama berjaya di naikkan dengan bergaya sekali..(balas dendam sebab x dapat ikan semasa memancing di PPt ari tu).Tahniah nanti ada masa kita datang lagi.
Terima Kasih