slmt dtg


Showing posts with label renungan untuk bersama2. Show all posts
Showing posts with label renungan untuk bersama2. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Mandi Wajib


     PENGERTIAN MANDI

    * Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
    * Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

    PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI


    1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.

    2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.

    3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.

    4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).

    5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.

    6. Mati, kecuali mati syahid.

    FARDU MANDI

    1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.

    Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:
   
    Maksudnya:
    “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

    atau
   
    Maksudnya:
    “Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

    Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:
   
    Maksudnya:
    “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

    atau

   
    Maksudnya:
    “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

    2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.

    3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.


    PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

    * Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:

    1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz

    2. Berwudhu’ sebelum mandi.

    3. Membasuh dua tapak tangan.

    4. Menggosok seluruh bahagian badan.

    5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.

    6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.

    7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

    MANDI-MANDI SUNAT

    * Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:

    1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.

    2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.

    3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).

    4. Mandi kerana gerhana bulan.

    5. Mandi kerana gerhana matahari.

    6. Mandi kerana memandikan mayat.

    7. Mandi kerana masuk agama Islam.

    8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.

    9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.

    10. Mandi ketika hendak ihram.

    11. Mandi kerana masuk Makkah.

    12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.

    13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.

    14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.

    15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.

    16. Mandi kerana sa‘i.

    17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

Friday, March 9, 2012

Mengumpat: Seperti Makan Daging Saudara Sendiri!

Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.

Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat…

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1. Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu, kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2. Bila yang nak jadi moderator ‘umpat2′ tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3. Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!

4. Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.

Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5. Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.

Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.

Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6. Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.

Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.

Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan…

7. Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.

Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.

Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.

Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

Friday, February 24, 2012

renungan bersama...

Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa... Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel... ... 1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that. 2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something. 3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak. 4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active. 5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats. Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

ya allah bila eena baca ni rasa cam terkedu..mana taknya..biasa hilang sabar dengan kerenah anak2 ni..bila baca ni kan eena rasa bersalah pun ada..huhuhu..ya lah kita tak tahu siapa pergi dulu kan..ni eena paste dari fb kawan...suka dengan kata2 ni...

Friday, February 17, 2012

4 Jenis Penyakit Hati Yang Berbahaya

1)Riak : Berbangga diri dengan menunjuk-nunjuk
2)Sum’ah : Berbangga dengan diri
3)Ujub : Merasa diri lebih bagus
4)Takabbur : Membandingkan kebaikan dengan orang Lain

Wednesday, February 15, 2012

SeNyUm SoKmO

Ada sorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid.
Perilaku budak tu dilihat oleh imam dan imam tu berasa hairan.
Suatu hari imam bertanya kepada budak tersebut
“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”
Budak tu pun jawab.
“Cikgu saya pesan,senyum itu sedekah.
saya takda duit nak sedekah,jadi saya senyum jelah kat tabung tu.

UjIaN dArI AlLaH

Bila Allah datangkan ujian..Itu bukan satu bebanan..
Kita mesti boleh bertahan..Ada hikmah di sebalik ujian..
Ada kesempitan dalam kelapangan..Ada kemudahan dalam kesulitan..

Bila Allah datangkan ujian..Pujuklah hati pujuklah iman..
... Tanpa kecewa putus harapan..Setiap kesabaran ada ganjaran..
Setiap pengorbanan ada keberhasilan..

~✿ Ucaplah...
"La Haula Wala Quwwata Illa Billah"
Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Saturday, October 8, 2011

Petua Menangani Orang Yang Suka Memaki Hamun

jika anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Jika anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut dengan mereka.

Sikap memaki-maki menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah untuk dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.

Jika kita suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri kita sendiri. Jika anda mendengar orang memaki-maki atau anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya anda tidak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki itu. Bila kita simpan dendam lama-lama, kita yang befikiran positif pun akan bertukar jadi negatif.

Penyakit Hati

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani." (Al Hujurat ayat 12)

Berpandukan ayat di atas, jelas kepada kita di dalam diri manusia terdapat 3 jenis penyakit hati yang sukar diubati. Penyakit hati inilah yang membawa kepada kemusnahan ukhwah antara kita di dalam kehidupan bermasyarakat. Malahan penyakit hati ini juga akan membawa kepada perbalahan dan perpecahan kepada kita semua seandainya kita tidak menjauhinya.

Pertama, sangka atau prasangka. Walaupun Allah tidak melarang terus tabiat ini, namun berdasarkan kesannya yang buruk, Allah menghendaki kita menjauhinya. Sangkaan yang dilarang itu ialah sangkaan yang membahayakan serta menyusahkan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Contohnya ialah seorang lelaki yang berkunjung ke rumah seorang wanita pada waktu malam ketika suaminya tiada di rumah. Seseorang yang melihat peristiwa itu akan terus membuat sangkaan yang bukan-bukan. Dia pula kemudiannya menceritakannya kepada orang lain, dan ceritanya pula lebih buruk dari keadaan sebenar. Alangkah malangnya wanita tersebut andainya yang datang itu adalah abang kandungnya sendiri.

Kedua ialah amalan suka mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Perbuatan seperti ini boleh mewujudkan permusuhan. Bagaimana perasaan kita apabila ada orang yang suka mengintip pergerakan dan mencari kesalahan kita? Adakah kita akan berdiam begitu sahaja tanpa bertindak balas? Selagi manusia memiliki nafsu, sifat ingin bertindak balas pasti wujud demi mempertahankan cerita tentang diri kita diketahui orang lain walaupun benar. Perbuatan suka mencari kesalahan orang lain semata-mata untuk mendedahkannya kepada orang lain, adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang keras oleh Islam. Tetapi jika perbuatan ini bertujuan untuk mendapatkan bukti untuk didakwa di mahkamah dan seumpamanya, maka perbuatan ini tidak dilarang malah diharuskan.

Islam lebih suka kalau kita merahsiakan keburukan dan keaiban seseorang. Perbuatan seperti ini adalah amalan para Rasul, dan Rasullullah SAW sendiri pernah memberi jaminan bahawa sesiapa yang menutup keaiban dan kesalahan orang lain akan diberi ganjaran dengan terpelihara keaibannya pada hari akhirat. Hal ini jelas dalam sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

"Sesiapa yang menutupi (keburukan-keaiban) saudaranya sesama Islam, dan tidak didedahkannya (kepada orang lain) nescaya Allah akan menutupi keaibannya pada hari akhirat."

Ketiga ialah penyakit mengumpat dan kata-mengata. Perbuatan ini juga merupakan penyakit masyarakat yang amat berbahaya. Sekiranya perbuatan ini sudah menjadi amalan dan tabiat seseorang, masyarakat akan menjadi porak peranda dan berpecah belah. Inilah yang dianggap punca perpecahan dan permusuhan. Perkara yang berlaku walaupun benar juga dilarang untuk diumpat apatah lagi perkara yang tidak benar. Pada suatu ketika, iaitu semasa Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak pendek. Semasa lelaki itu keluar, Aisyah berkata, "Pendeknya orang itu". Lalu segera dijawab oleh Rasulullah, "Ya Aisyah, sesungguhnya kamu telah mengumpat dia". Jawab Aisyah, "Bukankah itu perkara yang benar, ya Rasulullah". Maka jawab Rasulullah, "Itulah yang dikatakan mengumpat, kalau sekiranya perkara itu tidak benar, maka itu dusta namanya".

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan menyebut, menceritakan dan mendedahkan keburukan, keaiban, kecacatan, kekurangan, kepincangan seseorang kepada orang lain dinamakan mengumpat. Jika orang yang diumpat itu tidak mengetahuinya, maka ia kan memperolehi pahala daripada umpatan itu, manakala yang mengumpat akan beroleh dosa. Sebaliknya jika orang yang diumpat itu mengetahui, tentu akan berlakulah permusuhan dan persengketaan.

Secara sepintas lalu, ketiga-tiga penyakit ini kelihatan hampir serupa, iaitu sangka buruk, suka mencari kesalahan orang lain dan kata mengata. Ketiga-tiga jenis penyakit ini terbit daripada hati yang telah dirosakkan oleh nafsu yang dikuasai oleh syaitan dan iblis. Penyakit-penyakit seperti ini tidak berlaku melainkan kerana iri hati, busuk hati dan sakit hati.

Kita mungkin mampu hidup sendirian tetapi kita mungkin tidak mampu hidup tanpa teman. Bersama samalah kita menjaga hati kita daripada terus dijangkiti penyakit hati. Binalah kehidupan bermasyarakat yang saling memahami serta menjaga kebajikan di antara satu sama lain. Jangan biarkan ukhwah kehidupan kita dihancurkan hanya kerana penyakit-penyakit hati yang tanpa kita sedari telah bersarang di dalam diri kita.

Lihat Kelemahan Diri Kita Dahulu

Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah. Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.

Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.

Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.

Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina.

“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri.

Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.

Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.

Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana kita boleh mengajak orang berubah, sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it NOW). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU




Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihiro
jjiun, selepas itu bicaralah dengan Allah.
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka.

Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.

Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.

Friday, September 23, 2011

Iri Hati dan Hasad Dengki

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)

Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.

Tentulah Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa.

Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri kerana sikap pesimis (rendah hati) yang keterlaluan dan menurunkan keazaman untuk terus berjaya. Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya. Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah.

Iri Hati Itu Boleh.

Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.

Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.

Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki.

Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Inilah yang minta dilindungi kepada Allah dari perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya.

Yakinlah Dengan Keadilan Allah.

Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.

Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.

Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.

Friday, September 9, 2011

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.

2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.

3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….

4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.

5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.

6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.

7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.

8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.

9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!