slmt dtg


Wednesday, November 7, 2012

Tinggal kenangan

Assalamualaikum...

Lama Benar doh raso eena dop hapdate blog ni..penyakit malas sokmo.hihihi...arini tiba2 rajin nak hapdate ckit..Biarlah cite ni berlaku seblm raya lagi..jadi tahun ni raya puasa kami balik Dan raya haji pun kami balik..tapi raya haji kami tak ceria cam biasa..sebab orang yang kami Sayang telah pulang kesana buat selama lamanya..hanya Allah Saja yang tahu perasaan kami..walaupun Abah mertua je..tapi bila kita berkahwin dengan anaknya..kita Sayangkan keluarga suami kita cam keluarga kita sendiri..tak blh nak luah dengan kata2 sebenarnya..terlalu sukar nak terima hakikat...bila dapat tahu Abah sakit Dan kritikal.dalam masa sama hubby kata kita kena balik ni..Abah Dah kritikal..tapi kami duduk Jauh bukan senang nak balik cepat2..lagi pun kena cari tiket lagi,macam2 kena buat..dalam keadaan kesusahan Allah hantar kawan2 membantu kami sekeluarga pulang ke kampung..tak tahu nak buat camne..Dari beli tiket Dan sampai kami nak naik flight pun masih Ada kawan yang Bantu kami sekeluarga..alhamdulillah..syukur pada Allah...hanya Allah mampu balas kebaikan kawan2 semua..terima kasih tak terhingga rasanya..kalau nak harapkan hubby sorang tak tahu lah eena..hubby Dah tak buleh nak buat apa2 Dah masa tu..tak buleh nak pikir apa2 Dah..kami sampai klia kul2 tghri..kul3 kami naik teksi balik kelantan..flight ke kb habis..aduhai..kul2 Pagi kami sampai Umah..pagi raya kami muram Saja..dengan keaadan kami yang jetlet lagi..kami memang tak sempat Dah jumpa Abah..kami hanya pergi ziarah kubur Dan sedekah al-fatihah,yassin buat Abah..semoga Abah tenang disana..saat2 mau pulang ke Qatar:((sedih yang amat..berat rasa hati nak tinggalkan ma..Umah mesti sunyi..biasa bising dengan suara2 anak kami..ma Pujuk hubby suruh tinggalkan eena ngan anak2 kat kampung sekejap.tapi eena tak buleh buat semua tu..tiket nak datang sini Dah beli..along sekolah lagi..memang berat nak buat keputusan Dan ma pun berat nak lepaskan kami sekeluarga datang sini..tapi apakan daya kami kena datang kat Qatar teruskan mencari rezeki..semoga kita tabah menghadapi Dugaan ini semua..insyaallah..al-fatihah buat arwah Abah...

Sunday, July 22, 2012

puasa

Assalamualaikum...

alhamdulillah..pejam celik,pejam celik dah 3hari berpuasa..sekejap je kan rasa..tu tandanya tak lama eena nak balik kampung..hihihi...eena saja je nak share dengan kawan2..semalam camne ntah lupa nak kunci jam..aduhai...sedar2 dah 3.20am...mana sempatkan nak makan nasi..dah brape minit je lagi nak azan subuh..cepat2 eena kejutkan along..bagi minum air kosong dan niat...maknanya hari ni along puasa tanpa sahur la..cian along..alhamdulillah..akhirnya along bertahan sampai buka puasa...bagus sangat along...bila dekat2 dah nak buka puasa tu along masam je..dah kata lapar..masa tu dah pukul5..pukul6.25 dah nak buka puasa kan..nak suruh along makan sayang pulak kat puasa tu..last2 bagi along main game..buka je puasa terus minum air dan makan samosa cheese..nasi makan kemudian...rasa sejuk sangat bila anak2 dah start belajar puasa..dia dah tahu camne rasa puasakan..syukur sangat...along ni eena ajar berpuasa umur 6tahun dah..alhamdulillah..bila dah start puasa ni along tak pernah tinggal lagi..harap2 tahun ni along puasa penuh gak la...kalau tak boleh puasa sebab tak sihat ke.benda yang tak boleh dielakkan nak buat camne kan..terima je lah...SENYUM....

Friday, July 20, 2012

SℰℒAℳAT ℳℰNYAℳℬUT ℬUℒAℕ ℝAℳADHAℕ Aℒ- ℳUℬAℝAK ♥

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...syukur pada allah masih lagi bagi peluang pada kita semua berpuasa pada tahun ini...kat qatar dah puasa hari ni..kat msia je blm lagi kan...esok dah start berpuasakan..selamat berpuasa pada umat islam semua...semoga puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun2 lepas ya..insyaallah..lagi seminggu lebih kami nak pulang ke msia..hanya allah saja yang tahu perasaan kami..memang tak sabar sangat nak balik berpuasa bersama keluarga...semoga kami selamat sampai kemsia tanah air tercinta...

Sunday, July 15, 2012

Mandi Wajib


     PENGERTIAN MANDI

    * Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
    * Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

    PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI


    1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.

    2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.

    3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.

    4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).

    5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.

    6. Mati, kecuali mati syahid.

    FARDU MANDI

    1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.

    Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:
   
    Maksudnya:
    “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

    atau
   
    Maksudnya:
    “Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

    Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:
   
    Maksudnya:
    “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

    atau

   
    Maksudnya:
    “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

    2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.

    3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.


    PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

    * Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:

    1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz

    2. Berwudhu’ sebelum mandi.

    3. Membasuh dua tapak tangan.

    4. Menggosok seluruh bahagian badan.

    5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.

    6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.

    7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

    MANDI-MANDI SUNAT

    * Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:

    1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.

    2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.

    3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).

    4. Mandi kerana gerhana bulan.

    5. Mandi kerana gerhana matahari.

    6. Mandi kerana memandikan mayat.

    7. Mandi kerana masuk agama Islam.

    8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.

    9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.

    10. Mandi ketika hendak ihram.

    11. Mandi kerana masuk Makkah.

    12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.

    13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.

    14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.

    15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.

    16. Mandi kerana sa‘i.

    17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

Wednesday, July 11, 2012

Bedak Arab..

Assalamualaikum..

Sekarang ni memang ramaikan guna bedak arab..termasuk la eena sendiri..sedap tau pakai..eena dah bl 80pcs yang orang nak..sempat lagi ek bisnes bedak..hihihi..Biarlah orang nak Kata eena riak pun..ADA I KESAH..lalalalalalala

Comel tak??

Assalamualaikum..

Ni pun beli semalam gak..comelkan...

Lagi2 coklat

Assalamualaikum..

Sape suka mkn coklat..kl eena ni suka gak makan..tapi bukan selalu la.jarang2 je makan..semlm kuar g souq beli barang nak buat balik kampung..beli la coklat2 serba sedikit..Biarlah msia pun belambak coklat..yg eena beli ni kat QATAR..ADA I KESAH..lalalalalalala ..eena dah siap packing dalam plastik..bila balik kampung bagi2 je..senang kerja..hihihi..1plastik untuk umah mertua,yang lain2 untuk keluarga eena..sebab keluarga eena ramai saudara kecil2..memang diorang suka lah makan coklat2 ni kan..dekat2 nak balik nanti nak beli kurma yang fresh je..Sekarang ni pun mood balik kampung semakin menjadi2..hihihi

Saturday, July 7, 2012

bila boring

assalamualaikum...





alahai hari ni eena rasa boring  la pulak..tak tahu nak buat apa..hubby keja lagi malam ni..last nite..tapi kalau hubby cuti pun tak buleh nak pergi mana2..sekarang cuaca masih lagi tak elok..ribut pasir yang amat teruk..huhuhu..tak sanggup la nak kuar umah..duk dalam umah diam2 lagi  best..cian kat anak2 kalau kuar gak kan...bertambah pulak tak sihat...kalau ikutkan ada idea2 eena nak shae dengan kawan2..tapi rasa malas pulak nak tulis panjang2 hari ni..next time la ek eena share dengan kawan2...

Friday, July 6, 2012

Anak-anak

Buah kurma..

Ramadhan dah tak lama nak datang..alhamdulillah...

Macam-macam

Assalamualaikum...

Berape hari je lagi kan kita nak sambut bulan Ramadhan al-Mubarak..alhamdulillah..kita masih lagi bernafas dibumi Allah ni..pasni kita pikir pasal juadah berbuka Dan bersahur pulakkan..kalau kat msia senang je..time takde idea kita tunjuk2 je kan..kat sini semua lah kena masak sendiri..tapi bila dah berkawan dengan kawan2 memasak ni..jarang la pening nak pikir menu..kl takde idea..kita buleh cuci2 mata kat fb diorang..yang paling penting bila kita minta resepi ngan kawan2..jangan lupa tau ucap terima kasih..bukan susah pun kan nak ucap terima kasih..setengah tu bila dah dapat resepi nak ucap terima kasih pun susah..pelik kan..patut la Ada kawan2 memasak eena Ada yg melenting..mana tak kan..curi2 gambar masakkan,mengaku resepi sendiri la..bila dapat resepi tu tak pandai2 nak ucap terima kasih kepada yg share resepi tu,.macam2 la manusia..dah org share ngan kita..yang tu kita tak buleh nak ucap..mmmm..susah sangat ke....

Tuesday, June 19, 2012

Acar ikan

Assalamualaikum..

Ni menu Tengah hari tadi..acar ikan..acar ikan ni resepi Dari m,saudara eena..dulu2 selalu makan..kalau kat kampung guna ikan darat.tapi kat sini eena guna ikan tenggiri..sedap gak guna ikan tenggiri pun..ikan tu kena goreng garing baru sedap..tak payah lauk lain dah..lauk camni pun dah makan Bertambah...resepi sama je dengan acar timun tu..mesti ramai yang tahu buatkan..resepi simple Saja...

Acar ikan~

Bahan2
4keping ikan tenggiri
Bawang besar(mayang halus2)
Bawang merah(mayang halus2)
Cili merah@hijau
Buah tomato(potong dadu)
Cuka
Garam
Gula


Cara2
1.goreng ikan sampai garing(grg tanpa garam Dan kunyit)
2.campur semua bahan2 dah curah atas ikan..dah siap..sedap makan dengan nasi panas2...

Resepi eena takde sukatan..eena masak agak2 je..lagi pun senangkan..,

Tuesday, June 5, 2012

Aiskrim

Assalamualaikum...

Hi semua..dah lama dah tak hapdate blog..biasalah kan Ada time sempat Dan tak sempat..Eena nak share pasal buat aiskrim..semalam eena buat aiskrim..Alhamdulillah..menjadi..sedap sangat..eena buat perasa vanilla..skarang tak payah2 nak beli kat kedai..dah pandai buat sendiri..hihihih..perasaan jap..dengan cuaca panas2 ni memang kena la tepat waktunya..jom layan aiskrim...

Wednesday, May 9, 2012

Tart telur

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang suka makan tart telur ni kan..sedap sangat..betul tak..

Puteri ayu

Assalamualaikum..

Ni pulak kuih puteri ayu..Dari tak pandai buat sampai pandai buat kuih2..kes duk Qatar kan..ok gak kan duk sini..buleh la blajar masak..hihihi

Kaswi

Assalamualaikum..

Walaupun 1st buat memang menjadi.hubby kata sedap..hubby kan juri..hihihi..

Lagi-lagi jatuh cinta

Assalamualaikum..

Berbunga riang pulakkan..jatuh cinta pada cheese tart la..selalu buat Dan selalu makan tak jugak rasa jemu..memang sedap...try la buat:))

Laksam

Assalamualaikum..

Sape suka makan laksam..nak tak..kalau nak nanti buat ya..sedap la laksam..semalam eena Ada buat laksam..puas hati sangat buat semalam..satu adunan abis kami sekeluarga makan..kalau habis tu tandanya sedap la kan..perasan la pulak..laksam ni dah banyak Kali eena buat..lagi pun anak2 suka makan..nak beli pun senang kat sini..Ada juga orang buat..Saja nak tunjuk bakat..hihihihi..hubby kata comel je..wah2..hihihihi..tapi tepung beras susah sikit nak dapat kat sini..jarang2 la Ada..eena pun kawan bagi 2peket..tadi dah order dengan kawan..kena buat stok puasa nanti tepung beras ni..puasakan kita nak makan kuih2..tak Lama dah nak puasa kan..hihihihi

Apam mauripan

Monday, May 7, 2012

angah tak sihat


assalamualaikum..semua...

 hafizu.... pinggilan manja dalam keluarga kami angah..dilahirkan diklinik kesihatan paka..bersalin normal walaupun kuar kaki dulu..alhamdulillah..syukur pada allah..allah permudahkan segala2 galanya buat kami sekeluarga..selepas bersalin kat klinik paka,eena dihantar ke hospital dungun..1malam sahaja kat hospital..sehari sebelum raya tau..malam raya eena kat hospital dungun..hihihihi..hubby ngan along kat umah..esok pagi2 hubby datang jemput..angah masa bersalin kat dia..dia lemas..sebab kuar kaki dulu kan..disebabkan itu..angah sampai sekarang ada asma..tapi tak la teruk sangat..takde la sampai bermalam kat hospital..alhamdulillah..kalau asma memang tak bolehkan sejuk2..cuaca kat sini sejuk sangat baru ni..tu yang asma angah datang tu..alahai cian pulak tengok angah..2,3 hari lepas angah demam..suhu kemain naik turun..hubby tengah sdown..nakg klinik susah..tawakal je lah eena kat umah..last2 suhu naik 38.7..ya allah time tu memang eena tak boleh nak buat apa..kena jaga dia je..eena masuk ubat lah..turun balik..nanti naik lagi..4kali gak masuk ubat angah tu..sebab panas sangat..teringin nkg klinik tapi nakg ngan sape kan..tak kena nak pikir..padahal ramai kawan2 yang nak tolong kat sini..pagi tadi sebelum hubby g keja..eena ada gak bagitahu hubby..cian tengok angah kan sayang..nakg klinik tak boleh..tengok muka hubby je cam tak sampai hati tengok angah camtu..tapi dah kerja kan nak buat camne..kerja sini bukan cam msia..sana senang nak cuti..sini susah la sikit..eena biasa la suka hapdate status kat fb kan..alhamdulillah..ada kawan sanggup nak bawak eena ngan anak2 ke klinik..syukur sangat2..k,yati siap bg no tepon lagi..nakg pukul2 brape pun takpe nnti msg bagitahu...pastu k,nana mintak no tepon eena..eena bagi la kan..terus k,nana call.k,nana dia memang nakg klinik ni..sebab demam..ok la boleh eena tumpang..terima kasih banyak2 pada kawan2 yang tolong eena dan ada yang msg tanya khabar angah.hanya allah mampu membalas jasa baik kawan2 semua...insyaallah..semoga angah cepat2 sembuh...skarang masih lagi makan ubat2..kan tak sihat lagi..ibu doakan cepat2 sembuh ya...tak sampai hati ibu tengok anak2 ibu kalau tak sihat..

.

Saturday, April 28, 2012

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Monday, April 16, 2012

xtvt cuti sekolah...








assalamualaikum..

3minggu eena tak hapdate blog..ni kes malas la...kalau time rajin hari2 la plk hapdate blog..skarang ni cuti sekolah kat sini 2minggu..so dengan cuti sekolah kami ambil peluang bawak anak2 jalan2..tu pun hubby sibuk gak..sbb nak sdownkan..suka la anak dapat jalan2kan..walaupun bukan selalukan..yang penting kami sekeluarga happy..betul tak...dalam hubby sibuk eena sempat gak buat nasi kerabu..Alhamdulillah..rezeki kami sekeluarga..walaupun penat buat nasi kerabu 2hati berturut..memang puas hati sangat2..tima kasih banyak2 pada kawan2 yg order nasi kerabu eena...lain kali jangan serik ek order lagi ngan eena..skarang nasi kerabu eena kena stop sekejap..coz budu sudah tinggal sikit je..nanti balik la nak bawak banyak2..hihihi...berbalik kepada cuti sekolah..minggu ni last dah cuti sekolah..minggu depan dah buka sekolah semula..start semalam hubby dah masuk sdown..kerja siang dekat sebulan juga..bertapa la kami ber4..hihihi...